Wednesday, March 5, 2008

BUN ASAS CHEF ANUAR

Ni terbukti dah... kakak dan mak saya dah buat.. tapi saya tak pernah buat lagi..hehehe (takde la pulak gambarnye nak tunjuk). Kakak saya pegi kursus buat bun Chef Anuar.

--------------------------------------------------------
Bahan:
400 gm Tepung Roti (High Protein Flour)
12 gm Ragi Kering (Brand Mauripan boleh- 1 peket) - kalau guna freash yeast double the quantity
1 gm bread improver (optional)
6 gm garam
50 gm telur (approx. 1 biji gred B)
48 gm gula castor
12 gm susu tepung
60 gm marjerin
190 ml air

Cara menyediakannya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali telur, marjerin dan air. Gaul sebati
2. Masukkan telur, marjerin dan air. Uli sehingga doh elastik @ tidak lekat di tangan
3. Tutup doh dengan cling film/tuala lembab. Biarkan doh nak hingga double the size
4. Tumbuk doh. Bahagikan doh kepada bahagian2 kecil yang sama saiz. Timbang dlm 50-60gm sebiji. Rehatkan antara 5 - 10 min.
5. Isikan inti dan bentukkan mengikut pilihan.
6. Rehatkan lagi sehingga kembang dua kali ganda.
7. Sapu telur dan bakar sehingga masak dengan suhu 190C selama 15-20 min

Note:
1. Pesan Chef, jangan masukkan kesemua air. Gandum yang digunakan mungkin berbeza dari segi kandungan air.
2. Suhu dan masa membakar adalah bergantung kepada oven yang digunakan.

***
INTI KACANG MERAH
Bahan:
300 gm kacang merah
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
Cara menyediakannya:
1. Basuh kacang merah hingga bersih dan rendam semalaman.
2. Rebus hingga cukup kembang (lembut dan pecah-pecah)
3. Masukkan gula dan masak hingga pekat.
4. Lecek dengan senduk supaya agak halus.
***
INTI KELAPA
Bahan:
1 biji kelapa parut, bahagian putih sahaja
1 buku gula Melaka
1/2 cawan gula pasir
Cara menyediakannya:
1. Masak gula Melaka dan gula pasir dengan sedikit air sehingga cair, tapiskan.
2. Masakkan semua hingga agak pekat dan berbuih.
3. Masukkan kelapa, gaul hingga rata.
4. Masak inti hingga kering

No comments: